Thursday, December 11, 2008

A i d u l A d h a 1429 H






Assalamualaikum..

Aidul mubarak kali ini,ada yang sedih dan ada yang gembira bagi aku.Walaupon lame dah tak buat posting terbaru,atas sebab2 tertentu yang tak dapat nak dielakkan(Y.B la katekan..).Raya korban ini banyak mengajar kita tentang erti pengorbanan..erm,tapi ade sesetengah orang pulak..bagi gelaran (Raya Haji)..Itu sekadar pengetahuan je,muqaddimah la katekan..amma ba'du,

Raya kali ini berbeza dengan raya2 yang tahun sebelom2nya,sebab raya kali ini aku tak dapat nak hubungi keluarga aku kat malaysia sana.Sedih o0o0...keluarga aku kat malaysia sana mesti sedih,biasanya kalo raya sebelom ini..aku mesti call family aku time pagi raya (kat malaysia),sebelom depa nak pegi solat raya tu.Raya kali ni tak dapat nak buat mcm tu,tapi depa pon tak ada nak bagi mesej kat aku..waaa..lagi la aku sedih.Kalo tak call marka (awek) takpa lagi..tak ada la sedih sangat..tapi nak call pon buat apa,aku bukannya ada marka lagi..(saja nak buat iklan,aku ni single lagi..hehe..).Aku bukannya saja tak call,aku tak ada duit beli e-voiz.

sekadar gambar hiasan.

Malam raya tu nak dijadikan cerita,aku kena jaga kerbao dengan khoruf (sejenis kambing) untuk dikorban esoknya.Alhamdulillah,bukan aku seorang diri kena jaga haiwan tu pada malam tu.Aku melakukan aktiviti lasak ni dengan sahabat2 aku,Alif Junaidi,Zuhdi,Amirul,Ameer Hamzah dan Zahimie.Terima kasih pada kalian semua,i'allah ganjaran di akhirat kelak daripada ALLAH s.w.t.Tapi malam tu shif aku sekejap je,lepas tu aku mintak izin nak balik rumah sebab nak tolong ahli bait aku memasak la pulak.Banyak kerja betol malam tu,hanya Allah sahaja mengetahui apa yang berlaku (macam lirik nasyid pon ada jugak..).

Sesampai aje aku dirumah,aku tercium bebau haruman rempah ratus sedang ditumis (sah,mesti ahli bait aku tengah masak ni..).Tak sangka,aku memang bijak mentafsir (dah tak ada sapa nak puji,kena puji diri sendiri la..haha..).Bila aku masok dalam rumah,aku tengok sorang ahli bait aku kat dapor..(tengah memasak),sorang lagi kat dalam bilik tengah call malaysia kot..(aku cuba berbaik sangka..hehe..),sorang lagi dah terlentang tak sedarkan diri..(penat baru balik dari pasar gamaknya..).Dia ni rajin sikit,kalo bab2 keluar pegi beli barang,melapah daging ka..yang kat dapor tu,kalo bab2 memasak ni..dia la antara yang rajin lepas daripada aku..hehe..yang lagi sorang tu,dia pon rajin jugak..dalam rumah kami ni,dia antara paling besaq jawatan..(pengarah tu..tauke beras o0o0..hehe..).

Malam tu kami buat rendang,kuah kacang,sambal daging dengan nasik beriani..(huh,alhamdulillah semuanya jadi..).Boleh tahan jugak la menu yang kami buat tu,bukan apa..aku dapat tau rumah bawah kami ni buat rendang,nasik impit,masak lodeh dengan kuah kacang.Mana boleh,tercabar la kelelakian kami..kita kena lawan,lawan tetap lawan..hahaha..Alhamdulillah pukul 2 pagi tu,siap semua menu hidangan..hehe..Aku selaku timbalan ketua chef,berasa berpuas hati,kagum dan bangga diatas hasil yang diperolehi..(kata2 ucapan yang dipetik dari akhbar tempatan..haha..).

Pada pagi Aidul Mubarak tu,selepas selesai semua masakan..aku tak dapat nak melelapkan mata..sedih tak dapat nak call malaysia.Seketika aku mengelamun memikirkan 1 peristiwa besar yang bermakna bagi umat islam,iaitu kisah "Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s".Memberi makna pengorbanan yang sebenar untuk diteladani oleh umat islam amnya,umat islam pada hari mungkin masih lagi ada yang mengetahui tentang kisah ini..tetapi sejauh mana penghayatan dan penerapan yang ada pada umat islam bagi kisah2 islam seperti ini,sedikit slot dakwah bagi aku dan kalian semua (i'allah 3 hari..).

Tersedar aku dari lamunan tatkala terdengar suara ahli bait aku diruang tamu yang baru bangun untuk solat subuh dan bersiap2 untuk ke masjid solat raya.Selepas selesai solat subuh,keadaan rumah menjadi haru biru*biru mata hitamku*dengan masing2 hendak bersiap2 untuk ke masjid dan ada yang nak ke stadium..solat raya disana.Rumah pulak time tu tengah berselerak lagi,sebab malam tadi lepas abis memasak x dikemaskan semula.Arghh..!!tapi tu semua tak penting,yang penting kami nak solat raya kat stadium..tapi ada sorang ahli bait aku ni,dia solat raya kat masjid belakang rumah kami ja..dia malas nak solat raya jauh2 kat stadium sana..Aku dengan yang lain tu,rajin sikit solat raya kat stadium..bukannya ada apa pon,saja seronok tengok ramai orang..sebab stadium kan luas,ramai orang solat raya kat sana..hehe..

Alhamdulillah,kami tak lewat sampai kat stadium..sempat la masok dalam stadium tu,berdiri 4-5 minit..pastu baru solat raya.Lepas habis solat raya dengan dengar khutbah raya,kami tunggu kat situ sekejap.Bagi arab semua keluar stadium,pastu baru la kami jumpa puak2 kami (budak malaysia) bersalaman mintak maaf,ambil gamba sama2.Macam2 posing ada,ada yang bergamba dengan budak thailand,ada yang terlompat sana sini.Kesian aku tengok yang melompat2 tu,sorang tu kawan..lagi sorang tu ahli bait aku sendiri,ish x3..(segan nak ngaku ahli bait pon ada jugak..hahaha..).Aku la yang kena amik gamba dieorang ni,tapi sebab hari raya punya pasal..tak apa laa..

Lepas semua abis amik gamba kat stadium,kami semua balik rumah masing2..nak rehat2 sekejap,lepas tu ada projek pulak..hehe..pukul 9:30 pagi tu nak korban sekor kerbao dengan sekor khoruf yang aku kena jaga malam tadi tu.Sampai ja aku kat rumah,target aku yang mula2 adalah menu yang aku dengan ahli bait aku buat malam tadi..haha..cari pinggan kat dapor,tuang semua siap2..nasik beriani,kuah kacang,sambal daging dengan rendang Maqabir..masya'allah,bila masok ja makanan dalam mulut aku tu..kalah nasik beriani kat restoran nasik kandar (kat malaysia sana..haha..).Tapi sebelom tu aku tak lupa,baca doa makan..bersyukur atas rezki yang diberi.

Lepas selesai dan dah kenyang perut,aku masok bilik jap..(nak rehat la katekan..).Nanti nak pegi tolong melapah daging korban pulak,nak kena pakai tenaga banyak tu.Aku pon mencampakkan la diri aku kat atas katil,sambil menghitung waktu nak tunjuk "hero" lepas ni..haha..Tapi,tunggu punya tunggu..last sekali aku yang terkorban,aku tertidor la pulak.Tu la orang tua2 kata,orang tua sapa aku tak tau la.."penantian itu 1 penyiksaan @ penantian itu penyiksakan..".Orang muda2 la ni,aku xtau la dieorang kata apa.Kalian tanya la sendiri,dieorang punya bahasa sekarang ni pelik2 sikit istilahnya.

Rasanya,cukup la posting aku kali ni.Simpan la pulak untuk posting yang kedepan ni..dikesempatan ini,aku nak mintak maaf sekiranya ada kesalahan,kesilapan dan kebiadaban aku kat kalian semua.Kepada orang dimalaysia keluarga tersayang,sahabat handai dan yang mengenali diri ini."Selamat Hari Raya Aidul Adha.."ku ucapkan untuk kalian semua..sama2 la kita korban kearah kebaikan.Assalamualaikum..

Monday, November 17, 2008

K E H I L A N G A N


Assalamualaikum..


Zul name diberi,die merupakan penuntut di sebuah universiti di luar negara..ngaji kt oversea tu..huhu..beliau merupakan anak kelahiran johor , menetap juga di johor dan berketurunan jawa..ade campo cina sikit kot..dlm firasat aku la . Beliau mempunyai sebuah laptop dengan sebuah basikal (mountion bike) yang selalu dipinjam dan dipakai tanpa segan silunya oleh kawan serumahnya..xpatut2 . Beliau mempunyai sifat yang agak tenang..dan tindak balas dari beliau agak kurang cepat ye.. Beliau jarang marah,dan berkemungkinan beliau xpernah marah selama 21 tahun beliau telah hidup di muka bumi ini..waah,1 rekod yang agak cemerlang..

Beliau mempunyai beberape tabiat ye.. Antara tabiatnya ialah , apabila 1 topik dibincangkan beliau akan memperlakukan diri beliau seolah - olah mengetahui semua perkara berkaitan topik walaupon pada haqiqatnye beliau xtau pon sebenarnye.. Tapi tabiat ini agak jarang dilontarkan pada halayak ramai , kecuali pada kawan serumah beliau je.. Satu lagi tabiat beliau yang membuatkan kawan2 serumah beliau agak tertekan bile beliau nak keluar rumah dan ditanyakan soalan kepada beliau , "ko nak pegi mane tu..?" dan dengan selamba tanpa menghiraukan keadaan sekeliling , beliau menjawab.. "ade laa.." sambil tersenyum menampakkan gigi . Seolah - olah alam berhenti seketika dan awan mendung mulai menyelubungi keadaan sekeliling menjadi agak suram , beliau begitu kerdik dimata kawan2 beliau ketika itu..

Beliau yang dimaksudkan adalah kawan serumah aku , beliau baru je pindah ke rumah baru tak sampai pon seminggu lagi.. rumah beliau yang baru ni agak ok jugak laa.. kini aku pulak yang duduk kat bilik beliau..hehehe.. walaupon beliau agak senyap la , tapi lagi agak senyap sebab xdela orang yang nak bertekak dgn kami (kwn serumah) pasal kemas rumah , sape nak kne masak arini , pkaian sape kat mesin basuh tu x sprin lagi.. Kepada beliau , semoga sonok duduk dgn kawan baru.. Dan skang ni kami ade bukak satu tempat kosong , sape2 nak masok rumah kami boleh la concact kami ye.. untuk laki sahaja , bujang.. sebab agak sesak sikit la nak bayar sewa kalo dok 4 orang.. rumah kami ni dekat dgn kubor , jadi agak sesuai la kalo orang2 yang nak ingat mati dok sini..hehehe..

Sunday, November 16, 2008

Hari ini dalama sejarah..

Hari ini dalam sejarah kerana jap lagi sy kena betul kan paip..wahh.sungguh membosankan..hari2 kena repair..hari2 kena repair..pergi dulu..jumpa lagi..

saya budak baru belajar...


Assalamualaikum..

Hmmm..tk tau la nk post pe kat sini kali ni..mungkin terlalu sibok menguruskn hal ahli..sehinggakan hal diri sndri pun lupa..Pe nk buat,dh jadi pemimpin ni...Saya akan menjadi Exco pujaan ramai taun ini...hahahahha..Inilah kuasa ku..Kerap kali ku termimpi-mimpi menanti kan si dia..aduss hati ku kian terbang..hermm..mengatakan si dia tk mengungjung..kunjung saja dia pusingan hari..mungkin pengunjungannya kembali ke arah yg berputar..Terus berputar hingga lupa tapak asalnya..Mungkin asal itu la yg terbaik..Ke hulu ke hilir aku memutar..Tiba saat tidak lagi datang..Datang datang tetapi tidak sampai..sekian nukilan dari saya..Wassalam...

Monday, August 11, 2008

KEMATIAN...


Assalamualaikum...

Pada kali ini saya ingin berminat dengan apa yang dikatakan sebagai "zikrul maut" yang mana masyarakat kita kini mungkin telah terlupa.Kematian merupakan perkara yang mesti dialami oleh setiap makhluk Allah s.w.t.

Firman Allah s.wt :
Maksud ayat :
"setiap yang hidup pasti akan merasai mati."[21/surah Al-Anbia':35]

Firman Allah s.w.t :
Maksud ayat :
"Dimana sahaja kamu berada,maut pasti akan mendatangi kamu sekalipun
kamu bersembunyi di atas menara-menara yang kukuh."[4/surah An-Nisa':78]

Apakah yang dikatakan dengan kematian itu..?
Imam Ghazali di dalam kitab "Ihya' ulumiddin" telah menjawab...
"kematian ialah bercerai roh dari badan bukan tiada roh kerana ini Allah berfirman yang bermaksud dan jangan kamu sangka mereka yang terbunuh dijalan Allah itu mati,tetapi sebenarnya mereka hidup mendapat rezki di sisi tuhan mereka"

Setiap muslim yang beriman akan menerima hakikat bahawa kematian bukanlah titik pengakhiran bagi kehidupan ini,tetapi ia merupakan babak yang selanjutnya untuk menuju ke alam yang kekal selamanya.Amalan kita semasa hidup inilah yang menentukan natijah kita di akhirat kelak,baik atau sebaliknya.

Perjalanan hidup di dunia ini penentu di akhirat.Dunia diumpamakan sebagai ladang menabur benih dan menjaganya hingga mengeluarkan buah yang baik dan akhirat merupakan tempat untuk memunggut hasil tadi.Jadi,gunakanlah usia dan kesempatan yang dianugerahkan ini dengan sebaiknya pasti akan memperolehi keuntungan di akhirat.

Dalam kehidupan kita sehari-harian,berapakalikah kita mengingat mati..?ingatlah sahabat-sahabatku,malaikat maut menziarahi kita kurang lebih 70 kali dalam sehari.Bila kematian berlaku di hadapan kita,adakah ketika itu baru kita hendak mengingat mati..?adakah setiap hari hendak dihadapkan kematian di hadapan mata kita..?

Firman Allah s.w.t :
Maksud ayat :
"Maka apabila tiba ajal mereka nescaya tidak bolah dilewatkan dan diawalkan walaupun sesaat"[7/surah Al-A'rof:34]

Beringatlah sahabat sekalian,kita hidup ini bukannya semakin muda dan semakin sihat.Kita juga tidak mengetahui bila ajal akan menemui kita,mungkin sekejap lagi,mungkin esok hari.Siapa akan sangka pada pagi ini kita sehat walafiat tapi dapa petangnya ajal menemui kita.Bila tiba masanya malaikat maut datang untuk mencabut nyawa kita,maka ketika itu tidak akan tercepat sesaat atau terlewat sesaat nyawa kita diambil.

Kematian merupakan satu kerehatan bagi mereka yang beriman juga merupakan hasil wasilah untuk kita menerima balasan.Bila tibanya saat ini,dengan terpisahnya roh dari jasad akan terputuslah setiap amalan manusia melainkan 3 perkara.

Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksud ayat :
"Apabila matinya anak adam akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara,sedekah jariah,ilmu yang dimanfaatkan dan anak-anak yang soleh yang mendoakan untuknya"[hadis riwayat ...]

Akhirnya marilah kita mengambil kesempatan dari kehidupan,kesehatan,kelapangan,usia muda dan kesenangan yang dianugerahkan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin kebaikan dan kebajikan,sebagai bekalan untuk menuju ke alam baqa iaitu hari yang tidak ada manfaat lagi harta dan anak pinak.

Hanya nilai ibadah dan amal soleh sahaja yang akan mendapat perhitungan Allah s.w.t di akhirat kelak.Semoga dengan ini kita akan memperolehi dua keuntungan hidup di dunia dan di akhirat.

Tuesday, July 29, 2008

INSAFLAH!!!!!



Assalamualaikum..


[Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha",]-surah At-Tahrim :8


Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah s.w.t dengan rahmatnya pada kali ini saya telah dapat menghasilkan posting terbaru yang tidak seberapa ini.Kali ini saya tertarik dengan kalimah yang berbunyi 'Taubat Nasuha'.Cuba kita amati,apakah makna dan isi yang tersirat disebalik kalimah tersebut.


Taubat dari segi bahasa,kembali atau pulang.Dari segi syara',hamba yang kembali kepada Allah s.w.t dengan mendekati diri kepadaNya.Nasuha dari segi bahasa pula,bermakna benar semata-mata atau sebenar-benarnya. –[Rujukan: Nuzhatul-Muttaqin bagi syarah Riyadus Salihin Al-Imam Nawawi,bab Taubat].Maksudnya disini,taubat nasuha ini adalah taubat yang mana untuk kita mendampingkan diri kepada Allah s.w.t dan kembali kepadaNya dengan sebenar-benar kembali dan tidak mengulangi lagi kesalahan dan dosa yang lalu.


Hamba yang telah melakukan maksiat itu sebenarnya telah menderhaka kepada Allah s.w.t.Contohnya kita dengan ibu bapa kita,jika kita menderhaka kepada keduanya tidaklah kita mendapat redha Allah s.w.t yang mana telah dirakamkan didalam hadis nabi yang sering kita dengari.Sebaliknya jika kita taat kepada keduanya,kita akan mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang tidak disukai.Jesteru itu kita dengan Allah s.w.t begitu juga,malahan lebih lagi hendaknya.


Begitu juga kita dengan sesama saudara seislam,jauhilah diri kita dari menganiaya dan mengambil yang bukan hak bagi kita dalam kehidupan ini.Bagi kita sesama manusia jika kita melakukan kesalahan,hendaklah kita memohon maaf kepada yang terbabit dan menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan.Dan didalam AL-Quran,As-Sunnah dan Ijma' Ulama ada menekankan keatas kewajiban bertaubat.


Dan dari Abi Hurairah r.a mengatakan,aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : demi allah,bahawasanya daku beristighfar dan aku bertaubat kepada Allah pada sehari semalam lebih banyak daripada 70 kali ( hadis riwayat Imam Bukhari ).


Marilah kita teliti hadis diatas,Rasulullah yang merupakan 'maksum' dan telah dijanjikan syurga tetap juga bertaubat lebih dari 70 kali sehari semalam.Tetapi kita umat dewasa ini,yang sering alpa dan tidak terlepas dari melakukan maksiat mengabaikan ibadah taubat yang ada didalam islam tersebut.Ingatlah sahabat-sahabatku,di manakah kedudukan kita ketika ini..?apakah kemaksiatan yang telah kita lakukan..?semua itu akan dihisab oleh Allah s.w.t di akhirat kelak.


Para sahabat ingatlah,kita tidak mengetahui bila nafas yang terakhir dihembuskan.Sedangkan ketika itu kita tidak lagi bertaubat kepada pencipta kita Allah s.w.t yang memberi nikmat yang tidak terhingga tanpa meminta balasan.Sebaliknya kita tidak bersyukur,malahan mengeksploitasikan nikmat yang diberi dengan kerosakan dan kemaksiatan dimuka bumi Allah s.w.t ini.


Teluskan hati kita untuk mencapai redha Allah s.w.t yang merupakan cita-cita setiap hambaNya.Ada kalanya kita tidak menyedari kesilapan yang kita lakukan sehingga menghijab jiwa-jiwa kita dari mendapat rahmat dan 'inayah Allah s.w.t.Pohonlah keampunan dengan hati yang ikhlas kerana Allah s.w.t maha pengampun lagi maha penerima taubat.


Antara syarat-syarat taubat nasuha yang ditetapkan oleh ulama ;

Taubat kepada Allah –

*Meninggalkan maksiat yang dilakukan.

*Menyesal dengan perbuatan yang dilakukan.

*Berazam tidak melakukan maksiat itu selama-lamanya.

Taubat kepada sesama manusia – (ditambah)

*Menyelesaikan hak sahabat yang dianiayai.


Didalam benak hati ini terdetik seketika tentang kejahilan lalu pada diri yang dho'if ini.Saya terlebih dahulu mengingatkan diri ini,seterusnya para sahabat yang sudi membaca blog yang serba kekurangan ini.Keampunan Allah s.w.t terbuka seluasnya untuk hambanya sehingga nyawa sampai dikerongkong,tetapi sesudah itu pintu taubat telah tutup buat selama-lamanya.Renung-renungkanlah sahabat sekalian,ketika roh masih dibadan lagi,ketika tangan masih mampu lagi untuk mengenggam.


Akhirnya, kemaafan diminta sekiranya tidak tersusun bahasa tersilap kata. Segalanya ini dari Allah SWT, saya ini sebagai wasilah sahaja. Kehidupan ini sementara sahaja, akhirat jualah kekal selamanya. Sekiranya ada sebarang komentar serta teguran yang membina bolehlah diajukan dalam shout box saya yang berwarna hijau ini, wassalam.

Monday, July 21, 2008

musyrif akhawat


Assalamualaikum w.b.t,kali ini saya hendak bercakap mengenai perlunya 'Musyrif' untuk akhawat.Maksud disini,bukannya pada setiap waktu akhawat itu memerlukan musyrif.Tetapi ketika waktu-waktu yang tertentu yang mana akhawat itu memerlukan orang yang lebih kuat(kaum ikhwah itu sendiri) untuk melindungi mereka pada bahaya yang tidak di duga.

Saya bercakap disini bukanlah saya ini orang bijak,cuma ingin berkongsi pandangan.Sekiranya ada salah dan silap harap di beri teguran yang membina dari sahabat yang membaca dan saya mohon maaf terlebih dahulu diatas kesilapan tersebut."Akhawat ini adalah kaum yang lemah yang perlu disokong oleh kaum lelaki yang lebih kuat".

Berdasarkan ayat diatas,bukan semua perkara akhawat itu lemah.Cuma dalam keadaan tertentu seperti kemaslahatan diri akhawat itu.Jadi perlunya akhawat itu kepada musyrif bagi menjaga keselamatan dan maruah diri sendiri.Dalam situasi ini,kita perlu bersepakat bagi menangani keadaan ini yang mana memerlukan kesepakatan kita bersama.

Pernah satu ketika saya terdengar tentang keengganan akhawat mengambil musyrif atas sebab,bercanggah pemikiran dalam hal-hal kecil sehingga sanggup mengabaikan keselamatan diri yang lebih utama.Ada pula,yang lebih takutkan ikhwah sendiri (sebangsa & seagama) daripada arab disekeliling yang tidak diketahui keadaannya(dalam biah kita dimesir ini).

Dalam situasi lain pula,ada akhawat yang menilai ikhwah tidak 'siqoh' dengan melihat luaran sahaja.Lantaran dengan penilaian yang diambil itu,membiarkan diri tidak bermusyrif dalam keadaan tertentu.Ada juga yang takut dimarahi atas sebab kesalahan diri yang lewat pulang atau sebagainya,sehingga takut mengambil musyrif.Mengapa boleh jadi sedemikian rupa akhawat..?

Marilah kita renungkan bersama-sama terutamanya akhawat dan tidak lupa juga ikhwah tentang kemaslahatan kita bersama.Bagi ikhwah,kita diberi kekuatan yang lebih untuk membantu yang lemah.Kita gunakanlah kekuatan itu dengan sebaiknya.Bagi akhawat pula,fikirkanlah keselamatan diri anda diperantauan ini yang banyak dengan cabaran dugaan dan bahaya.

Saya rasa cukuplah sekadar itu,mungkin ada lagi yang saya tidak sebutkan diatas.Sebelum itu,beberapa cawangan al-azhar telahpun keluar natijah.Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan tahniah bagi yang berjaya dan bagi yang sebaliknya jangan putus asa.Apa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dinisbahkan keatas diri saya sendiri,hakikat keduanya itu datang dari Allah s.w.t.Wassalam..

* musyrif - orang yang dipertanggungjawabkan
* siqoh - dipercayai
* biah - suasana,persekitaran

Friday, July 18, 2008

Hasrat di hati ini ingin mencontohi Abu Bakar,
Apakan daya diri ini masih mentah,
Hasrat di hati ini ingin mencontohi Al-Faruq,
Apakan daya diri ini masih longlai,
Hasrat di hati ini ingin mencontohi Usman,
Namun diri ini masih cetek minda,
Hasrat di hati ini ingin mencontohi Ali,
Akan tetapi diri ini masih rapuh semangat,
Namun yang pasti hasrat di hati ini,
Ingin mencontohi setiap dari mereka,
Walau secebis bingkisan arca,
Azam tersemat penuh keramat,
Menjadi azimat semangat juang. -INTIFADA ILMUAN ISLAM-

Thursday, July 17, 2008

assalamualaikum...

salam mahabbah

Wednesday, May 21, 2008

Melayu Atau Islam

Assalamualaikum..



Apa yang jelas dari Kongres Permuafakatan Melayu baru-baru ini adalah banyak pihak merasa bimbang dengan ‘terhakisnya’ kekuatan bangsa Melayu di persada Negara. Kongres ini merupakan manifestasi semangat ‘keMelayuan’ yang mahukan ‘ketuanan’ Melayu dipertahankan dan sebarang gugatan ke atas status ini dihancurkan. Nampaknya, bangsa Melayu masih tidak dapat melihat permasalahan yang timbul ini dengan pandangan yang mendalam dan menyeluruh. Sesungguhnya, wahai saudara seagamaku, Allah tidak pernah memberikan kepada kita sebarang pilihan dalam kelahiran kita, samada kita memilih untuk menjadi orang Melayu atau bukan Melayu. Allah menjadikan kita berbangsa-bangsa bukannya untuk membangga diri menjadi bangsa Melayu atau bangsa orang putih atau lainnya. Allah menjadikan kita berbangsa-bangsa agar kita berkenalan dan bersatu di bawah payung Islam. Meskipun elemen Islam ada disebutkan dalam Kongress tersebut, kita perlulah berhati-hati dalam menentukan asas perjuangan kita. Peserta-peserta yang hadir nampaknya masih cenderung “berkokok” dengan laungan assabiyyah bangsa Melayu.


Marilah kita sama-sama meninjau kembali hakikat kelahiran kita di dunia ini sebagai seorang yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Apakah ada jaminan dari Allah yang telah menciptakan kita sebagai bangsa Melayu ini, meletakkan kemuliaan kepada bangsa ini? - Yang menjadikan bangsa Melayu ini mempunyai hak istimewanya yang tidak boleh digugat oleh sesiapa? Berfikirlah wahai saudaraku!! Hakikatnya, seruan ‘keMelayuan’ inilah yang menjadi intipati kemunduran pemikiran yang masih lagi melekat di kalangan kita yang keMelayuannya lebih pekat dari keIslamannya. Bukankah kedatangan Islam itu adalah untuk membuang sisa-sia amalan dan seruan jahiliyyah? Salah satu darinya adalah perasaan assabiyyah itu sendiri. Ingatlah wahai saudara seagamaku yang berbangsa Melayu bahawa apa yang kalian serukan itu sebenarnya adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Sesungguhnya yang menjadikan bangsa Melayu ini istimewa bukanlah kerana ‘keMelayuannya’ tetapi adalah kerana keIslamannya.


Perjuangan untuk menghidupkan assabiyyah Melayu ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dibawa oleh Nabi yang kalian berselawat ke atasnya setiap hari. Apakah kalian akan mencari perlindungan di hari akhirat kelak di bawah naungan ‘Melayu’ atau Islam? Jika assabiyyah Melayu yang kalian serukan, maka sudah pastilah Nabi yang berbangsa Arab ini tidak akan mengenal kalian sebagai umatnya. Namun, jika kalian membawa akidah Islam dan berjuang dengan seruan Islam semata, insyaAllah Nabi akan bersama kalian.


Renungilah firman Allah SWT: ‘Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kalian berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kalian berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kalian di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kalian (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kalian). [TMQ al-Hujuraat(49):13].


Apakah hujah yang akan kalian bawa di hadapan Allah SWT kelak jika secara jelas di dalam ayat di atas kemuliaan seseorang itu, mahupun bagi suatu bangsa itu, ukurannya adalah ketaqwaan kepada Allah SWT bukannya kerana ke’bangsa’ annya?


Renungilah juga firman Allah SWT: “Dan berpegang teguhlah kalian semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu [masa Jahiliyyah] bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati kalian, lalu jadilah kalian kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kalian telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian agar kalian mendapat petunjuk” [TMQ áli Imran (3):103]


Wahai saudara-saudaraku! Apakah kalian masih mahu berpegang kepada seruan Hang Tuah “ takkan Melayu hilang di dunia” yang menjadi mitos Melayu saat ini ataupun kalian akan tunduk kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud… "Bukan dari kalangan kami, orang yang menyeru kepada assabiyyah dan bukan dari kalangan kami orang yang berjuang di atas jalan assabiyyah dan bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyyah"? [Sunan Abi Daud].


Yakinlah saudara-saudaraku yang masih berpegang kepada semangat ‘keMelayuan’ - sesungguhnya, Islam menyediakan buat kalian penyelesaian bagi masalah yang kalian perbincangkan. Kalian hanya perlu memalingkan wajah-wajah kalian kepada Deen yang mulia ini untuk mendapatkan penyelesaian tersebut. Sesungguhnya, ketuanan Islam sahajalah, di bawah entiti politik Imamah/Khilafah Islam, yang barang pasti akan menjamin kesejahteraan, keadilan dan kerahmatan – buat hanya buat bangsa Melayu, bahkan untuk seluruh umat manusia!!!!

Jangan kompromi - UMNO digesa tidak terus tunduk pada tuntutan jejas kuasa, hak Melayu

JOHOR BAHRU 3 Mei – Apa jua usaha memulihkan kembali Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO hendaklah dilakukan tanpa kompromi terhadap kuasa dan hak Melayu. Beberapa peserta Kongres Permuafakatan Melayu yang ditemui berpendapat UMNO tidak perlu terus tunduk kepada permintaan rakan komponen BN yang lain kerana tuntutan-tuntutan itu tidak akan berakhir. Setiausaha Satu, Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, situasi selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 sedang menyaksikan politik toleransi mengambil tempat dalam BN. “UMNO dalam BN akan tawar-menawar (dengan komponen lain).

Semasa UMNO kuat, ia mampu pertahan semua milik Melayu, tetapi banyak perkara berlaku dalam masa UMNO tidak kuat. “MIC dan MCA secara terbuka meminta pelbagai perkara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu pun cuba mengambil kesempatan” , katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di Kongres Permuafakatan Melayu, di sini hari ini. Menurut beliau lagi, sesetengah orang melihat usaha memulihkan kembali BN pada masa ini mungkin boleh dilakukan dengan mendengar tuntutan kaum Cina dan India. Bagaimanapun katanya, sebahagian besar tuntutan itu mungkin bertentangan dengan hak dan keistimewaan orang Melayu. “Tuntutan akan terus berlaku atas kepentingan kaum,” katanya. Beliau berkata, tindakan memohon maaf oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai isu keris Panca Warisan baru-baru ini juga secara tidak langsung memperlihatkan hak Melayu terhakis akibat tekanan dan permintaan daripada kaum lain. “Ini semua berlaku (permohonan maaf) di kala tuntutan semakin kuat dan kita terperangkap dalam tuntutan-tuntutan itu,” katanya. Bekas

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman pula berkata, apabila ada kompromi dalam perkara-perkara pokok hak Melayu, maka lama-kelamaan hal-hal kecil pun akan dituntut. “Ini hanya meletakkan orang Melayu dalam keadaan tidak selesa dan menjadikan mereka tidak penting lagi walaupun orang Melayu adalah kaum asal di negara ini. “Malaysia bukan negara imigran seperti Amerika Syarikat. Maka hak penduduk asal tidak boleh dipersoalkan,” katanya. Naib Presiden Persatuan Anak- anak Melayu Johor, Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Syed Hussein Al Habshee berpendapat, perlu ada usaha untuk mendidik generasi muda pelbagai kaum di negara ini mengenai pengertian sebenar kontrak sosial. “Pendidikan kita tidak menekankan hal-hal berkaitan kontrak sosial dan ini perlu diajar supaya mereka mengetahuinya,” katanya. Katanya, apabila kaum bukan Melayu memahami kontrak sosial berkenaan, maka tidak akan wujud permintaan-permintaan yang luar biasa dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Friday, February 29, 2008

Assalamualaikum w.b.t kepada pengunjung blog ni.Saya akan bawakan kepada anda bagaimana tamadun dan agama Islam iu bertapak dimuka bumi Allah s.w.t ini