Thursday, January 21, 2010

kembali melihat

hari ini aku tergerak untuk melihat blog aku yang telah lama menyepi,dalam tempoh masa yang agak lama aku mengasingkan diri dari dunia blogger ini.blog ini sudah nampak agak usang kerna dek sarang labah² yang menempel disetiap sudut,yang aku rasakan perlu dikemas kini untuk tatapanku khasnya dan amnya untuk tatapan kalian yang membaca.(huh..cukup sasterawan kata² ku ini.)

bulan januari ini adalah bulan menguji minda dan kesabaranku atau lebih tepat lagi,sebagai bulan peperiksaan fasa 1.bergelumang kesejukan yang mendingin kerna musim sejuk yang melanda dan dengan keadaan tempat peperiksaan yang menguji ketenangan minda dan jiwa,aku lalui dalam keadaan tabah dan penuh sabar.dengan berbekalkan pengalaman yang ada dan kelengkapan yang bersederhana,aku rasakan hidup ini begitu indah dengan susunan yang telah ditetapkan olehNya pencipta sekalian alam.

pada kalian yang membaca,doa kejayaan dunia dan akhirat kupinta dalam menempuh pahit getir hidup,pengorbanan dan kemanisan perjuangan.24/01/2010 last paper,kiranya ada salah silap dan terkasar bicara pena pohon diampunkan bagi mendapat ketenangan yang abadi.

الصبر مفتاح الفرج
(kesabaran adalah kunci untuk melepaskan diri daripada kedukaan dan kesusahan.)

kata hikmah dari Saidina Ali bin Abi Talib K.W.H

Sunday, April 12, 2009

Petang yang senja

sekadar gambar hiasan.

Hari ini berlalu seperti hari2 biasa,pelbagai perkara bermain dibenak fikiranku.Baru sebentar tadi aku dikirimkan satu video klip yang bertajuk " Surat Seorang Ibu " oleh kawanku di Malaysia.Aku rasa semacam hendak menghempok monitor LCD 19 inci aku ni je kat beliau,tapi bila difikirkan balik betapa payahnya aku hendak mendapatkan LCD ni..hasratku mati begitu sahaja.Aku rasa seolah-olah keadaan sekeliling ini sedang berinteraksi denganku,seakan-akan mengerti apa yang ada jauh di sudut hatiku ini.Hurmm..tak paham,tapi aku cuba untuk memahaminya.Adakah ini petanda2 untuk aku membuat keputusan yang terbaik..??bantulah hambamu ini Ya Allah.

Adakah hari esok akan berlalu sama seperti hari ini..?kiranya ini yang mendapat redhamu,biarkanlah ia berlalu seperti biasa.Kadang2 aku leka,terkesan dengan suasana sekeliling yang penuh kepalsuan dan tipu daya.Seperti kanak2 yang asyik bermain dengan permainannya,tidak menghiraukan apa yang terjadi di sekitar.Inikah yang dikatakan dugaan..?kiranya inilah yang dinamakan dugaan,haruslah aku hadapi dengan penuh kesabaran,ketenangan dan tidak dibuai dengan semua kepalsuan ini.Tabahkanlah hati hambamu ini Ya Allah.

Tapi,kadang2 aku termenung seketika memikirkan "dia" yang melahirkan dan mengasuh aku.Teringat aku pada kata2 "dia" yang meminta aku pulang menyenggah seketika untuk menatap wajahnya,walaupon sesaat.Aduh..!!serabut kepala aku memikirkannya,walaupon masih ada lagi masa untuk aku membuat keputusan.Tetapi selagi aku tak dapat nak buat keputusan yang sebaiknya,selagi itulah kepala otak aku yang berjambul ini memikirkan masalah yang sama.Segalanya telah disediakan di depan mata,sekarang ini hanya terserah kepada aku bagaimana hendak membuat haluan.

Bak peribahasa " diluah mati emak,ditelan mati bapak ".Tapi kadang tu aku terfikir jugak,kalau dah telan mati emak luah mati bapak..kenapa tak kemam je.Adoi..!!itu pon nak mintak aku selesaikan jugak ke..??Walaupon aku dah selesaikn masalah peribahasa tadi,tapi aku masih dibelenggu dengan masalah aku ni.Apalah dengan aku ni,nak buat keputusan balik Malaysia ke tak..tu pon susah sangat ke..??!!Duit dah ada,nak balik Malaysia pon orang dah bagi.Aku rasa inilah masa yang sesuai untuk mempraktikkan senjata rahsia aku yang telah aku pelajari selama ini."Solat Istikharoh",kepadaNya jualah tempat aku mengadu.hehe..

Thursday, December 11, 2008

A i d u l A d h a 1429 H






Assalamualaikum..

Aidul mubarak kali ini,ada yang sedih dan ada yang gembira bagi aku.Walaupon lame dah tak buat posting terbaru,atas sebab2 tertentu yang tak dapat nak dielakkan(Y.B la katekan..).Raya korban ini banyak mengajar kita tentang erti pengorbanan..erm,tapi ade sesetengah orang pulak..bagi gelaran (Raya Haji)..Itu sekadar pengetahuan je,muqaddimah la katekan..amma ba'du,

Raya kali ini berbeza dengan raya2 yang tahun sebelom2nya,sebab raya kali ini aku tak dapat nak hubungi keluarga aku kat malaysia sana.Sedih o0o0...keluarga aku kat malaysia sana mesti sedih,biasanya kalo raya sebelom ini..aku mesti call family aku time pagi raya (kat malaysia),sebelom depa nak pegi solat raya tu.Raya kali ni tak dapat nak buat mcm tu,tapi depa pon tak ada nak bagi mesej kat aku..waaa..lagi la aku sedih.Kalo tak call marka (awek) takpa lagi..tak ada la sedih sangat..tapi nak call pon buat apa,aku bukannya ada marka lagi..(saja nak buat iklan,aku ni single lagi..hehe..).Aku bukannya saja tak call,aku tak ada duit beli e-voiz.

sekadar gambar hiasan.

Malam raya tu nak dijadikan cerita,aku kena jaga kerbao dengan khoruf (sejenis kambing) untuk dikorban esoknya.Alhamdulillah,bukan aku seorang diri kena jaga haiwan tu pada malam tu.Aku melakukan aktiviti lasak ni dengan sahabat2 aku,Alif Junaidi,Zuhdi,Amirul,Ameer Hamzah dan Zahimie.Terima kasih pada kalian semua,i'allah ganjaran di akhirat kelak daripada ALLAH s.w.t.Tapi malam tu shif aku sekejap je,lepas tu aku mintak izin nak balik rumah sebab nak tolong ahli bait aku memasak la pulak.Banyak kerja betol malam tu,hanya Allah sahaja mengetahui apa yang berlaku (macam lirik nasyid pon ada jugak..).

Sesampai aje aku dirumah,aku tercium bebau haruman rempah ratus sedang ditumis (sah,mesti ahli bait aku tengah masak ni..).Tak sangka,aku memang bijak mentafsir (dah tak ada sapa nak puji,kena puji diri sendiri la..haha..).Bila aku masok dalam rumah,aku tengok sorang ahli bait aku kat dapor..(tengah memasak),sorang lagi kat dalam bilik tengah call malaysia kot..(aku cuba berbaik sangka..hehe..),sorang lagi dah terlentang tak sedarkan diri..(penat baru balik dari pasar gamaknya..).Dia ni rajin sikit,kalo bab2 keluar pegi beli barang,melapah daging ka..yang kat dapor tu,kalo bab2 memasak ni..dia la antara yang rajin lepas daripada aku..hehe..yang lagi sorang tu,dia pon rajin jugak..dalam rumah kami ni,dia antara paling besaq jawatan..(pengarah tu..tauke beras o0o0..hehe..).

Malam tu kami buat rendang,kuah kacang,sambal daging dengan nasik beriani..(huh,alhamdulillah semuanya jadi..).Boleh tahan jugak la menu yang kami buat tu,bukan apa..aku dapat tau rumah bawah kami ni buat rendang,nasik impit,masak lodeh dengan kuah kacang.Mana boleh,tercabar la kelelakian kami..kita kena lawan,lawan tetap lawan..hahaha..Alhamdulillah pukul 2 pagi tu,siap semua menu hidangan..hehe..Aku selaku timbalan ketua chef,berasa berpuas hati,kagum dan bangga diatas hasil yang diperolehi..(kata2 ucapan yang dipetik dari akhbar tempatan..haha..).

Pada pagi Aidul Mubarak tu,selepas selesai semua masakan..aku tak dapat nak melelapkan mata..sedih tak dapat nak call malaysia.Seketika aku mengelamun memikirkan 1 peristiwa besar yang bermakna bagi umat islam,iaitu kisah "Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s".Memberi makna pengorbanan yang sebenar untuk diteladani oleh umat islam amnya,umat islam pada hari mungkin masih lagi ada yang mengetahui tentang kisah ini..tetapi sejauh mana penghayatan dan penerapan yang ada pada umat islam bagi kisah2 islam seperti ini,sedikit slot dakwah bagi aku dan kalian semua (i'allah 3 hari..).

Tersedar aku dari lamunan tatkala terdengar suara ahli bait aku diruang tamu yang baru bangun untuk solat subuh dan bersiap2 untuk ke masjid solat raya.Selepas selesai solat subuh,keadaan rumah menjadi haru biru*biru mata hitamku*dengan masing2 hendak bersiap2 untuk ke masjid dan ada yang nak ke stadium..solat raya disana.Rumah pulak time tu tengah berselerak lagi,sebab malam tadi lepas abis memasak x dikemaskan semula.Arghh..!!tapi tu semua tak penting,yang penting kami nak solat raya kat stadium..tapi ada sorang ahli bait aku ni,dia solat raya kat masjid belakang rumah kami ja..dia malas nak solat raya jauh2 kat stadium sana..Aku dengan yang lain tu,rajin sikit solat raya kat stadium..bukannya ada apa pon,saja seronok tengok ramai orang..sebab stadium kan luas,ramai orang solat raya kat sana..hehe..

Alhamdulillah,kami tak lewat sampai kat stadium..sempat la masok dalam stadium tu,berdiri 4-5 minit..pastu baru solat raya.Lepas habis solat raya dengan dengar khutbah raya,kami tunggu kat situ sekejap.Bagi arab semua keluar stadium,pastu baru la kami jumpa puak2 kami (budak malaysia) bersalaman mintak maaf,ambil gamba sama2.Macam2 posing ada,ada yang bergamba dengan budak thailand,ada yang terlompat sana sini.Kesian aku tengok yang melompat2 tu,sorang tu kawan..lagi sorang tu ahli bait aku sendiri,ish x3..(segan nak ngaku ahli bait pon ada jugak..hahaha..).Aku la yang kena amik gamba dieorang ni,tapi sebab hari raya punya pasal..tak apa laa..

Lepas semua abis amik gamba kat stadium,kami semua balik rumah masing2..nak rehat2 sekejap,lepas tu ada projek pulak..hehe..pukul 9:30 pagi tu nak korban sekor kerbao dengan sekor khoruf yang aku kena jaga malam tadi tu.Sampai ja aku kat rumah,target aku yang mula2 adalah menu yang aku dengan ahli bait aku buat malam tadi..haha..cari pinggan kat dapor,tuang semua siap2..nasik beriani,kuah kacang,sambal daging dengan rendang Maqabir..masya'allah,bila masok ja makanan dalam mulut aku tu..kalah nasik beriani kat restoran nasik kandar (kat malaysia sana..haha..).Tapi sebelom tu aku tak lupa,baca doa makan..bersyukur atas rezki yang diberi.

Lepas selesai dan dah kenyang perut,aku masok bilik jap..(nak rehat la katekan..).Nanti nak pegi tolong melapah daging korban pulak,nak kena pakai tenaga banyak tu.Aku pon mencampakkan la diri aku kat atas katil,sambil menghitung waktu nak tunjuk "hero" lepas ni..haha..Tapi,tunggu punya tunggu..last sekali aku yang terkorban,aku tertidor la pulak.Tu la orang tua2 kata,orang tua sapa aku tak tau la.."penantian itu 1 penyiksaan @ penantian itu penyiksakan..".Orang muda2 la ni,aku xtau la dieorang kata apa.Kalian tanya la sendiri,dieorang punya bahasa sekarang ni pelik2 sikit istilahnya.

Rasanya,cukup la posting aku kali ni.Simpan la pulak untuk posting yang kedepan ni..dikesempatan ini,aku nak mintak maaf sekiranya ada kesalahan,kesilapan dan kebiadaban aku kat kalian semua.Kepada orang dimalaysia keluarga tersayang,sahabat handai dan yang mengenali diri ini."Selamat Hari Raya Aidul Adha.."ku ucapkan untuk kalian semua..sama2 la kita korban kearah kebaikan.Assalamualaikum..

Monday, November 17, 2008

K E H I L A N G A N


Assalamualaikum..


Zul name diberi,die merupakan penuntut di sebuah universiti di luar negara..ngaji kt oversea tu..huhu..beliau merupakan anak kelahiran johor , menetap juga di johor dan berketurunan jawa..ade campo cina sikit kot..dlm firasat aku la . Beliau mempunyai sebuah laptop dengan sebuah basikal (mountion bike) yang selalu dipinjam dan dipakai tanpa segan silunya oleh kawan serumahnya..xpatut2 . Beliau mempunyai sifat yang agak tenang..dan tindak balas dari beliau agak kurang cepat ye.. Beliau jarang marah,dan berkemungkinan beliau xpernah marah selama 21 tahun beliau telah hidup di muka bumi ini..waah,1 rekod yang agak cemerlang..

Beliau mempunyai beberape tabiat ye.. Antara tabiatnya ialah , apabila 1 topik dibincangkan beliau akan memperlakukan diri beliau seolah - olah mengetahui semua perkara berkaitan topik walaupon pada haqiqatnye beliau xtau pon sebenarnye.. Tapi tabiat ini agak jarang dilontarkan pada halayak ramai , kecuali pada kawan serumah beliau je.. Satu lagi tabiat beliau yang membuatkan kawan2 serumah beliau agak tertekan bile beliau nak keluar rumah dan ditanyakan soalan kepada beliau , "ko nak pegi mane tu..?" dan dengan selamba tanpa menghiraukan keadaan sekeliling , beliau menjawab.. "ade laa.." sambil tersenyum menampakkan gigi . Seolah - olah alam berhenti seketika dan awan mendung mulai menyelubungi keadaan sekeliling menjadi agak suram , beliau begitu kerdik dimata kawan2 beliau ketika itu..

Beliau yang dimaksudkan adalah kawan serumah aku , beliau baru je pindah ke rumah baru tak sampai pon seminggu lagi.. rumah beliau yang baru ni agak ok jugak laa.. kini aku pulak yang duduk kat bilik beliau..hehehe.. walaupon beliau agak senyap la , tapi lagi agak senyap sebab xdela orang yang nak bertekak dgn kami (kwn serumah) pasal kemas rumah , sape nak kne masak arini , pkaian sape kat mesin basuh tu x sprin lagi.. Kepada beliau , semoga sonok duduk dgn kawan baru.. Dan skang ni kami ade bukak satu tempat kosong , sape2 nak masok rumah kami boleh la concact kami ye.. untuk laki sahaja , bujang.. sebab agak sesak sikit la nak bayar sewa kalo dok 4 orang.. rumah kami ni dekat dgn kubor , jadi agak sesuai la kalo orang2 yang nak ingat mati dok sini..hehehe..

Sunday, November 16, 2008

Hari ini dalama sejarah..

Hari ini dalam sejarah kerana jap lagi sy kena betul kan paip..wahh.sungguh membosankan..hari2 kena repair..hari2 kena repair..pergi dulu..jumpa lagi..

saya budak baru belajar...


Assalamualaikum..

Hmmm..tk tau la nk post pe kat sini kali ni..mungkin terlalu sibok menguruskn hal ahli..sehinggakan hal diri sndri pun lupa..Pe nk buat,dh jadi pemimpin ni...Saya akan menjadi Exco pujaan ramai taun ini...hahahahha..Inilah kuasa ku..Kerap kali ku termimpi-mimpi menanti kan si dia..aduss hati ku kian terbang..hermm..mengatakan si dia tk mengungjung..kunjung saja dia pusingan hari..mungkin pengunjungannya kembali ke arah yg berputar..Terus berputar hingga lupa tapak asalnya..Mungkin asal itu la yg terbaik..Ke hulu ke hilir aku memutar..Tiba saat tidak lagi datang..Datang datang tetapi tidak sampai..sekian nukilan dari saya..Wassalam...

Monday, August 11, 2008

KEMATIAN...


Assalamualaikum...

Pada kali ini saya ingin berminat dengan apa yang dikatakan sebagai "zikrul maut" yang mana masyarakat kita kini mungkin telah terlupa.Kematian merupakan perkara yang mesti dialami oleh setiap makhluk Allah s.w.t.

Firman Allah s.wt :
Maksud ayat :
"setiap yang hidup pasti akan merasai mati."[21/surah Al-Anbia':35]

Firman Allah s.w.t :
Maksud ayat :
"Dimana sahaja kamu berada,maut pasti akan mendatangi kamu sekalipun
kamu bersembunyi di atas menara-menara yang kukuh."[4/surah An-Nisa':78]

Apakah yang dikatakan dengan kematian itu..?
Imam Ghazali di dalam kitab "Ihya' ulumiddin" telah menjawab...
"kematian ialah bercerai roh dari badan bukan tiada roh kerana ini Allah berfirman yang bermaksud dan jangan kamu sangka mereka yang terbunuh dijalan Allah itu mati,tetapi sebenarnya mereka hidup mendapat rezki di sisi tuhan mereka"

Setiap muslim yang beriman akan menerima hakikat bahawa kematian bukanlah titik pengakhiran bagi kehidupan ini,tetapi ia merupakan babak yang selanjutnya untuk menuju ke alam yang kekal selamanya.Amalan kita semasa hidup inilah yang menentukan natijah kita di akhirat kelak,baik atau sebaliknya.

Perjalanan hidup di dunia ini penentu di akhirat.Dunia diumpamakan sebagai ladang menabur benih dan menjaganya hingga mengeluarkan buah yang baik dan akhirat merupakan tempat untuk memunggut hasil tadi.Jadi,gunakanlah usia dan kesempatan yang dianugerahkan ini dengan sebaiknya pasti akan memperolehi keuntungan di akhirat.

Dalam kehidupan kita sehari-harian,berapakalikah kita mengingat mati..?ingatlah sahabat-sahabatku,malaikat maut menziarahi kita kurang lebih 70 kali dalam sehari.Bila kematian berlaku di hadapan kita,adakah ketika itu baru kita hendak mengingat mati..?adakah setiap hari hendak dihadapkan kematian di hadapan mata kita..?

Firman Allah s.w.t :
Maksud ayat :
"Maka apabila tiba ajal mereka nescaya tidak bolah dilewatkan dan diawalkan walaupun sesaat"[7/surah Al-A'rof:34]

Beringatlah sahabat sekalian,kita hidup ini bukannya semakin muda dan semakin sihat.Kita juga tidak mengetahui bila ajal akan menemui kita,mungkin sekejap lagi,mungkin esok hari.Siapa akan sangka pada pagi ini kita sehat walafiat tapi dapa petangnya ajal menemui kita.Bila tiba masanya malaikat maut datang untuk mencabut nyawa kita,maka ketika itu tidak akan tercepat sesaat atau terlewat sesaat nyawa kita diambil.

Kematian merupakan satu kerehatan bagi mereka yang beriman juga merupakan hasil wasilah untuk kita menerima balasan.Bila tibanya saat ini,dengan terpisahnya roh dari jasad akan terputuslah setiap amalan manusia melainkan 3 perkara.

Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksud ayat :
"Apabila matinya anak adam akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara,sedekah jariah,ilmu yang dimanfaatkan dan anak-anak yang soleh yang mendoakan untuknya"[hadis riwayat ...]

Akhirnya marilah kita mengambil kesempatan dari kehidupan,kesehatan,kelapangan,usia muda dan kesenangan yang dianugerahkan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin kebaikan dan kebajikan,sebagai bekalan untuk menuju ke alam baqa iaitu hari yang tidak ada manfaat lagi harta dan anak pinak.

Hanya nilai ibadah dan amal soleh sahaja yang akan mendapat perhitungan Allah s.w.t di akhirat kelak.Semoga dengan ini kita akan memperolehi dua keuntungan hidup di dunia dan di akhirat.